Perjuangan
yang belum selesai
ujian yang menimpa, segala
kesengsaraan yang dirasa, segala penderitaan yang ditanggung, segala mehnah
yang dilempar, segala kebencian yang dicipta, segala kesombongan yang
ditonjol...
jadikanlah semua ini sebagai penguat
imanku dan penghapus dosaku. jangan jadikan semua ini pelemah semangatku. aku
akan bangkit walau apa yang terpancul di depan mataku.
ya Allah, tak terkata sakit hati ini
menanggung semua jenis rasa hati manusia terhadapku..kadang kala longlai pedih
hati ini mengenang kenapa semua ini ditimpakan kepadaku. hancur luluh tubuhku
memikirkan nasibku yang 'cacat' di mata manusia. yang hodoh di minda insan yang
bernyawa.
aku sedar, ini bukanlah ujian sebenar
yang Engkau janjikan untuk ku. aku belum lagi ditimpakan batu besar menghempap
tubuhku seperti ditimpa ke atas Bilal. aku belum lagi disula dengan besi panas
menghacurkan keseluruhan ususku. aku belum lagi dikerat anggota dengan gergaji
besi.
aku tidak pernah memohon semua itu
berlaku ke atasku. tapi sekurang-kurangnya semangat para mujahid dulu berjuang
menentang umat kafirin hadir dalam jiwaku. aku akan tabah. aku akan kuat. aku
akan bertenaga bila segala permasalahan ini terpalit ke atas diriku. aku tak
mahu sanjungan orang. aku tak mahu pujian orang, aku tak inginkan simpati
orang. aku hanya mahu rahmat dan rahim-Mu saja Ya Allah. aku hendakkan kasih
sayangMu. aku menagih belaian simpati-Mu. aku dahagakan urut pesona prihatin-Mu.
Ya Allah, jangan tinggalkan aku
bersendirian tanpa petunjuk dan pedoman-Mu. jangan tinggalkan para sahabatku
terumbang ambing mencari jalan penyelesaian sebuah permasalahan kehidupan. aku
sedar, aku yakin, dia ingin mengubah diriku. aku sedar, dia ingin aku kekal
dalam tarbiyah Rahman dan Rahim-Mu.
~Sekadar isi hati. tulisan ini tidak
sesekali ditujukan kepada sesiapa. aku sekadar ingin meluahkan isi hati depan
Tuhan. hampir-hampir aku menderhakai Tuhanku menghadapi masalah ini. namun,
baru sahaja kesedaran timbul yang Rahmat dan Rahim-Mu cukup luas tafsirannya~
Ud'u ila sabiili rabbik..Rabbana
zolamna anfusana waillam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khosirin
.jpg)
No comments:
Post a Comment