Tika Pena Bicara
ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujung..diciptakan untuk mengingatinya..dicantum untuk dicintainya..diratib demi redhanya....
Wednesday, 28 December 2016
Monday, 22 June 2015
Sunday, 19 April 2015
Devotees - Rindu Ramadhan
Diriwayatkan dari Anas R.A "Adalah Rasulullah s.a.w apabila masuk bulan Rejab, Baginda mengucapkan doa seperti berikut : "Allahumma baariklana fil rajabin wa sya'baana wa ballighnaa ramadhan".
maksud: "Ya Allah ya Tuhanku berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan".
Wednesday, 8 April 2015
Thursday, 15 January 2015
Pilu
Bicara rasa yang telah lama aku impikan,
Namun hanya hati yang mampu berbicara,
Saat diri dirundung rasa pilu, celaru, dan bingung,
Diriku hanya mampu tersenyum dihadapan kalian,
Tatkala hanya mulut yang didengar berbicara,
ku jadikan nadanya sungguh gembira,
Namun siapa yang tahu hati ini,
Hanya yang mencipta mengetahui akan keadaan yang diciptanya,
Dan yang dicipta harus kembali kepada penciptanya,
Tika mana tercoretnya kata-kata,
Tika itu mata juga mula lemah berbicara,
Hanya dengan bersendirian engkau dapat keinsafan,
Teruskanlah..,,
Namun tidak pernah diriku ini lupa,
Akan keberadaannya manusia didunia,
Yang dicipta untuk tunduk pada,
Sang Pencipta..
Tuesday, 13 January 2015
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah hari ini dapat ana meluangkan sedikit masa untuk mengeluarkan kalam-kalam sepi ana ini. Menyedari yang diri ini sebenarnya banyak kekurangan namun masih terasa akan tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam menyampaikan dakwah. Ana tidaklah sehebat atau sea'lim para ustaz dan ustazah tetapi ana tetap thabatkan diri untuk meneruskan penulisan ana ini. Seperti mana yang para pembaca semua mengetahui samada melalui pembacaan mahupun melalui tontonan atau dengar melalui corong-corong radio tentang kisah remaja masa kini yang semakin runtuh akhlaknya. Ana juga seorang remaja yang mana remaja ini di umpama sebagai sesuatu yang segar yang membuak persaannya untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih unutk mengikuti keinginan nafsu. Semua orang mempunyai kesukaan atau hobi tersendiri. Namun perlu diingatkan bahawa sesuatu kesukaan itu perlu seiring dengan kefahaman dan yang paling penting sebagai seorang yang mengaku dirinya islam perlu lah merujuk kepada Al-quran dan sunnah. Sesungguhnya sebelum wafatnya kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w beliau bersabda tidak aku tinggalkan kepada kamu melainkan dua perkara iaitu Al-quran dan Sunnahku (hadis).
Namun jangan dilihat isu KPOP hanya pada satu aspek. Namun lihatlah secara menyeluruh. Setiap yang terjadi itu jika buruk maka ia adalah peringatan untuk kita semua bukan hanya sekadar sebagai mengkritik tetapi apa tindakan kita jika kita sebagai ibu bapa, rakan kepada mereka atau pun jika kita pernah berkeinginan seperti itu. Apa yang perlu kita buat? Muhasabah diri kita kembali. Ana juga manusia yang jugak melakukan dosa namun Allah s.w.t itu Maha Pengampun Dia sentiasa membuka pintu taubat untuk hambanya kembali kepadanya.
Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik.
Maaf atas segala kekurangan.
Wednesday, 31 December 2014
CAHAYA NURANI
Keheningan
malam membangkitkan semangatku untuk meneruskan ulangkajiku .Jam menunjukkan
sudah pukul 1.00 pagi dan aku masih melekat di atas kerusi bersama dengan
buku-buku ku .Mataku sudah mula ingin pejam lalu aku merebahkan diriku di atas
katil ,lega rasanya .Kriiiinngg!Kriiiinngg!Jam sudah berbunyi dan aku terus
bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh .Seperti biasa aku sebagai kakak
yang sulung perlu mengejutkan adik-adikku yang lain .”Kak ngah tolong along
gerakkan mamat dengan echa tu ,mereka selagi tak dengar suara angah yang merdu
tu selagi tu mereka tak bangun “.”Ishh..budak dua orang tu telinga apa
la..sampai azan subuh pun tak dengar “,rungut angah .”Eleh angah ni macam la tak
pernah jadi budak-budak..biasa la tu”.Begitulah kehidupan seharianku berjalan
.Ayahku sudah 4 tahun meninggal dunia ibuku pula bekerja sebagai kerani di
sebuah Syarikat yang besar .”Assalamualaikum, Ain awak dah siapkan assignment
yang Prof.Halim bagi tu ? “,soal Fatimah .”Saya dah siapkan tapi saya tak pasti
samada Prof akan berpuas hati dengan kerja saya tu “.Ain adalah sahabat baik ku
semenjak dari sekolah menengah lagi .Walaupun kami mempunyai minat yang berlainan
namun persahabatan kami tetap akrab .”Hello! can I ask you a question,miss
?”.Tanya seorang jejaka campuran mat saleh .”Sure ,are you student here ?”,soal
Fatimah .”Ya, saya baru..sahaja ingin daftar diri..boleh I know where the
office..?”.”Eeeemm..you just straight and then you turn right the office on
your right “.”Thank you miss..??”.”Owh just call me Fatimah, your
welcome”.Tersenyum Ain melihat gelagat sahabatnya itu .”Amboi cik Timah kita
cakap orang putih .Boleh tahan juga mamat mat saleh tu “,usik Ain
.”Isshhh..ada-ada je la awak ni Ain .Saya datang sini nak belajar la .Dah la
jom masuk kelas kita dah lewat ni .Nanti bila awak dah habis kelas kita jumpa
dekat tempat biasa ye “,pesan Fatimah .
“Assalamualaikum
saudari ni Fatimahkan? ketua bahagian pengurusan kemasukan pelajar junior .Saya
Amir Qusyairi dari bahagian fasilitator boleh saya berjumpa dengan cik petang
ni untuk bincang tentang hal ni..?”.”Ya saya, baiklah petang ni kita jumpa di
tempat rehat, assalamualaikum “.Selepas itu Amir pun pulang ke asrama .Fatimah
adalah pelajar yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang
.Dia kini sedang menyambung pengajian bagi master .”Assalamualaikum…dah lama ke
tunggu ? maaf la ye tadi saya ada mesyuarat dengan perwakilan pelajar “,jelas
Amir .”Tak apa lagipun saya baru je sampai .Boleh kita teruskan agenda kita En
Amir ? usik Fatimah .Tanpa disedari perbincangan mereka telah sampai ke
penghujungnya .”Saya harap usul yang kita bincang ini akan memudahkan program
itu nanti …insyaallah”,kata Amir .Semakin dihitung hari semakin hampir rasanya
program kemasukan pelajar-pelajar baru .
”Timah
boleh tak kalau ana nak pinjam catatan anti sebab ana tertidur tadi “bisik
aisyah yang bertudung labuh .”Boleh je..ambil la” .“Saya harap kamu semua dapat
menyiapkan assignment yang saya bagi ini secepat mungkin “,kata Prof Madya Siti
.Cuti semester semakin hampir aku telah berjanji dengan adik-adikku untuk
membawa mereka bercuti. Walaupun aku merasa sedikit keletihan namun aku tetap
mahu menunaikan janjiku pada mereka. Sudah lama ayah pergi meninggalkan kami
semua namun aku tahu ibu tetap merindui ayah. Oleh sebab itu, aku membuat
keputusan untuk meluangkan masa bersama ibu dan adik-adik supaya kami
sekeluarga dapat melupakan segala kesedihan.”Along..!! Kita nak pergi bercuti
dekat mana ni?..Soal Saiful adik bongsu ku .’Hari tu kan kita dah rancang nak pergi ke
Langkawi…aku menjawab dengan nada yang lembut kepada Saiful. “Tak menyusahkan
along ke bawa kami semua pergi bercuti ni? Angah kesian tengok along”luah angah.
“Along tak kisah asalkan adik-adik along ni gembira. Along tak nak ada ahli
keluarga kita yang sentiasa bersedih dengan pemergian arwah ayah terutama
ibu .Along sayang semua adik-adik along dan along sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan
kamu semua” .”Along cakap tadi apa-apa saja kan? Epul nak anak saudara
hahaha..”usik Epul. Aku hanya tersenyum melihat telatah Epul yang suka mengusik
dan periang. Hari demi hari aku banyak mengabiskan dengan membuat tesis ku. Ibu
ku pula semakin risau dengan umur ku yang makin meningkat. Aku sering dileteri
kerana terlalu menumpukan kepada pelajaran dan keluarga sehingga lupa
memikirkan tentang diriku sendiri. Namun sering juga ku katakan kepada
ibuku aku masih belum bersedia kerana bimbang dengan keadaan adik-adikku yang
masih kecil. Walaupun sebenarnya sudah ramai yang cuba untuk mendekati ku
tetapi semua daripada mereka tidak aku layan. Bagiku
sebagai kakak yang sulung tanggungjawabku kepada keluarga amat besar.
Hari yang aku lalui sepanjang hidupku putarannya adalah sama bagiku. Rutin harian yang aku lakukan tidak berubah selagi bergelar seorang mahasiswa. Aku merasakan tanggungjawab ku sebagai seorang anak serta seorang yang mempunyai matlamat untuk menegakkan Islam tidak boleh aku anggap remeh. Walaupun hidupku sering bermain dengan masa namun aku tahu bahawa jika sebagai seorang hamba kita menjaga urusan denganNya pasti dia juga akan menjaga urusan kita.
Hari yang aku lalui sepanjang hidupku putarannya adalah sama bagiku. Rutin harian yang aku lakukan tidak berubah selagi bergelar seorang mahasiswa. Aku merasakan tanggungjawab ku sebagai seorang anak serta seorang yang mempunyai matlamat untuk menegakkan Islam tidak boleh aku anggap remeh. Walaupun hidupku sering bermain dengan masa namun aku tahu bahawa jika sebagai seorang hamba kita menjaga urusan denganNya pasti dia juga akan menjaga urusan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)

