Wednesday, 31 December 2014

CAHAYA NURANI

        Keheningan malam membangkitkan semangatku untuk meneruskan ulangkajiku .Jam menunjukkan sudah pukul 1.00 pagi dan aku masih melekat di atas kerusi bersama dengan buku-buku ku .Mataku sudah mula ingin pejam lalu aku merebahkan diriku di atas katil ,lega rasanya .Kriiiinngg!Kriiiinngg!Jam sudah berbunyi dan aku terus bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh .Seperti biasa aku sebagai kakak yang sulung perlu mengejutkan adik-adikku yang lain .”Kak ngah tolong along gerakkan mamat dengan echa tu ,mereka selagi tak dengar suara angah yang merdu tu selagi tu mereka tak bangun “.”Ishh..budak dua orang tu telinga apa la..sampai azan subuh pun tak dengar “,rungut angah .”Eleh angah ni macam la tak pernah jadi budak-budak..biasa la tu”.Begitulah kehidupan seharianku berjalan .Ayahku sudah 4 tahun meninggal dunia ibuku pula bekerja sebagai kerani di sebuah Syarikat yang besar .”Assalamualaikum, Ain awak dah siapkan assignment yang Prof.Halim bagi tu ? “,soal Fatimah .”Saya dah siapkan tapi saya tak pasti samada Prof akan berpuas hati dengan kerja saya tu “.Ain adalah sahabat baik ku semenjak dari sekolah menengah lagi .Walaupun kami mempunyai minat yang berlainan namun persahabatan kami tetap akrab .”Hello! can I ask you a question,miss ?”.Tanya seorang jejaka campuran mat saleh .”Sure ,are you student here ?”,soal Fatimah .”Ya, saya baru..sahaja ingin daftar diri..boleh I know where the office..?”.”Eeeemm..you just straight and then you turn right the office on your right “.”Thank you miss..??”.”Owh just call me Fatimah, your welcome”.Tersenyum Ain melihat gelagat sahabatnya itu .”Amboi cik Timah kita cakap orang putih .Boleh tahan juga mamat mat saleh tu “,usik Ain .”Isshhh..ada-ada je la awak ni Ain .Saya datang sini nak belajar la .Dah la jom masuk kelas kita dah lewat ni .Nanti bila awak dah habis kelas kita jumpa dekat tempat biasa ye “,pesan Fatimah .
       “Assalamualaikum saudari ni Fatimahkan? ketua bahagian pengurusan kemasukan pelajar junior .Saya Amir Qusyairi dari bahagian fasilitator boleh saya berjumpa dengan cik petang ni untuk bincang tentang hal ni..?”.”Ya saya, baiklah petang ni kita jumpa di tempat rehat, assalamualaikum “.Selepas itu Amir pun pulang ke asrama .Fatimah adalah pelajar yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang .Dia kini sedang menyambung pengajian bagi master .”Assalamualaikum…dah lama ke tunggu ? maaf la ye tadi saya ada mesyuarat dengan perwakilan pelajar “,jelas Amir .”Tak apa lagipun saya baru je sampai .Boleh kita teruskan agenda kita En Amir ? usik Fatimah .Tanpa disedari perbincangan mereka telah sampai ke penghujungnya .”Saya harap usul yang kita bincang ini akan memudahkan program itu nanti …insyaallah”,kata Amir .Semakin dihitung hari semakin hampir rasanya program kemasukan pelajar-pelajar baru .
       ”Timah boleh tak kalau ana nak pinjam catatan anti sebab ana tertidur tadi “bisik aisyah yang bertudung labuh .”Boleh je..ambil la” .“Saya harap kamu semua dapat menyiapkan assignment yang saya bagi ini secepat mungkin “,kata Prof Madya Siti .Cuti semester semakin hampir aku telah berjanji dengan adik-adikku untuk membawa mereka bercuti. Walaupun aku merasa sedikit keletihan namun aku tetap mahu menunaikan janjiku pada mereka. Sudah lama ayah pergi meninggalkan kami semua namun aku tahu ibu tetap merindui ayah. Oleh sebab itu, aku membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama ibu dan adik-adik supaya kami sekeluarga dapat melupakan segala kesedihan.”Along..!! Kita nak pergi bercuti dekat mana ni?..Soal Saiful adik bongsu ku  .’Hari tu kan kita dah rancang nak pergi ke Langkawi…aku menjawab dengan nada yang lembut kepada Saiful. “Tak menyusahkan along ke bawa kami semua pergi bercuti ni? Angah kesian tengok along”luah angah. “Along tak kisah asalkan adik-adik along ni gembira. Along tak nak ada ahli keluarga kita yang sentiasa bersedih dengan pemergian arwah ayah terutama ibu .Along sayang semua adik-adik along dan along sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan kamu semua” .”Along cakap tadi apa-apa saja kan? Epul nak anak saudara hahaha..”usik Epul. Aku hanya tersenyum melihat telatah Epul yang suka mengusik dan periang. Hari demi hari aku banyak mengabiskan dengan membuat tesis ku. Ibu ku pula semakin risau dengan umur ku yang makin meningkat. Aku sering dileteri kerana terlalu menumpukan kepada pelajaran dan keluarga sehingga lupa memikirkan tentang diriku sendiri. Namun sering juga ku katakan kepada ibuku aku masih belum bersedia kerana bimbang dengan keadaan adik-adikku yang masih kecil. Walaupun sebenarnya sudah ramai yang cuba untuk mendekati ku tetapi semua daripada mereka tidak aku layan. Bagiku sebagai kakak yang sulung tanggungjawabku kepada keluarga amat besar.
          
           Hari yang aku lalui sepanjang hidupku putarannya adalah sama bagiku. Rutin harian yang aku lakukan tidak berubah selagi bergelar seorang mahasiswa. Aku merasakan tanggungjawab ku sebagai seorang anak serta seorang yang mempunyai matlamat untuk menegakkan Islam tidak boleh aku anggap remeh. Walaupun hidupku sering bermain dengan masa namun aku tahu bahawa jika sebagai seorang hamba kita menjaga urusan denganNya pasti dia juga akan menjaga urusan kita. 

No comments:

Post a Comment