بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah hari ini dapat ana meluangkan sedikit masa untuk mengeluarkan kalam-kalam sepi ana ini. Menyedari yang diri ini sebenarnya banyak kekurangan namun masih terasa akan tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam menyampaikan dakwah. Ana tidaklah sehebat atau sea'lim para ustaz dan ustazah tetapi ana tetap thabatkan diri untuk meneruskan penulisan ana ini. Seperti mana yang para pembaca semua mengetahui samada melalui pembacaan mahupun melalui tontonan atau dengar melalui corong-corong radio tentang kisah remaja masa kini yang semakin runtuh akhlaknya. Ana juga seorang remaja yang mana remaja ini di umpama sebagai sesuatu yang segar yang membuak persaannya untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih unutk mengikuti keinginan nafsu. Semua orang mempunyai kesukaan atau hobi tersendiri. Namun perlu diingatkan bahawa sesuatu kesukaan itu perlu seiring dengan kefahaman dan yang paling penting sebagai seorang yang mengaku dirinya islam perlu lah merujuk kepada Al-quran dan sunnah. Sesungguhnya sebelum wafatnya kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w beliau bersabda tidak aku tinggalkan kepada kamu melainkan dua perkara iaitu Al-quran dan Sunnahku (hadis).
Namun jangan dilihat isu KPOP hanya pada satu aspek. Namun lihatlah secara menyeluruh. Setiap yang terjadi itu jika buruk maka ia adalah peringatan untuk kita semua bukan hanya sekadar sebagai mengkritik tetapi apa tindakan kita jika kita sebagai ibu bapa, rakan kepada mereka atau pun jika kita pernah berkeinginan seperti itu. Apa yang perlu kita buat? Muhasabah diri kita kembali. Ana juga manusia yang jugak melakukan dosa namun Allah s.w.t itu Maha Pengampun Dia sentiasa membuka pintu taubat untuk hambanya kembali kepadanya.
Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik.
Maaf atas segala kekurangan.
No comments:
Post a Comment