بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah dengan berkat iman, islam dan ehsan yang dikurniakn oleh Allah s.w.t kepada kita hambanya dapat bersama-sama kita merasai akan kenikmatan yang dipinjamkan oleh Allah ini. Tanpa kita sedar masa semakin berlalu dengan pantas dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan karim. Pada bulan ini seluruh umat islam xkira dimana sahaja selagi mana sihat dan tiada keuzuran maka wajib lah berpuasa. Ramadhan yang bakal tiba ini mungkin sahaja yang terakhir atau jika di panjangkan umur in sya Allah akan bertemu lagi dengannya.
اللهم بركلنا في رجب وشبان وبلغنا رمضان
Doa di atas itu adalah doa yang akan dibaca yang bermaksud " Ya Allah berkati kami pada bulan rejab dan syaaban dan sampaikan (umur) kami dalam bulan Ramadhan". Sesungguhnya bagi hamba Allah yang beriman amat lah di nantikan kehadiran ramadhan tersebut. Namun bagi seluruh umat islam amnya perlulah bagi kita mempersiapkan diri bagi menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan.
menurut riwayat hadis:
Dari Abdullah Ibn 'Umar, Rasulullah saw bersabda,"Pada hari kiamat kelak puasa dan al-quran akan memberikan syafa'at kepada seorang hamba. Puasa berkata," Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah mencegahnya daripada makanan dan keinginan syahwat di siang hari. Maka berikanlah syafa'at kepadaku." Dan Al-Quran berkata," Wahai Tuhan! aku telah mencegahnya dari tidur di malam hari , maka berikanlah syafa'at kepadaku." Kemudian Allah swt memberikan syafa'at melalui keduanya."(HR.Imam AHMAD, At-Thabarani,dan Hakim)
Sesunguhnya melaui hadis ini dapat kita fahami pada bulan ramadhan kita bukan sahaja berpuasa dengan tidak makan atau minum tetapi kita juga mencegah diri dari melakukan perkara2 mungkar dan pada malam harinya kita melakukan ibadah kepada Allah. Seperti mana yang kita tahu pada bulan ramadhan ini pahala kita akan berganda-ganda. Namun ingatlah istiqamah amat perlu dalam setiap kebaikan yang kita lakukan jangan hanya ketika di bulan ramadhan sahaja kita bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah tetapi sifat kesungguhan itu perlu setiap hari,saat bahkan setiap helaan nafas kita. Apabila saya menulis dan berkongsi dengan sahabat-sahabt sekalian ini sekali gus mengingat diri saya yang masih banyak perlu di perbaiki. Ingat lah setiap yang hidup pasti akan mati. Wallahu'alam.


No comments:
Post a Comment