Thursday, 5 June 2014

بسم الله الرَّحمَن الرَّحيم.......السَّلامُ عَلَيكُم

                  Apa khabar sahabat semua? Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat. Saya bukanlah orang yang hebat namun terkadang diri ini rasa terpanggil untuk mencoret tentang apa jua perkara di laman blog saya ini. Sahabat-sahabat juga boleh meninggalkan nasihat atau apa jenis perkongsian di laman saya ini. Bergelar seorang mahasiswa bukan mudah. Saya ingin berkongsi sedikit tentang pandangan saya selepas dan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading. Pada mulanya semangat tika mana diterima untuk menyambung pelajaran di IPTA terkemuka. Mempunyai azam untuk belajar dan mencapai cita-cita dan impian. Namun itu adalah apa yang diazamkan secara umumnya yang mana secara khususnya masih samar-samar tentang impian tersebut. Pada hari ini dalam suasana sunyi hati saya terdetik untuk berkongsi betapa besarnya hidayah ALLAH  itu pada hambanya. Sebaknya bila teringat pada awal semester terasa begitu kosong hidup tika mana sahabat-sahabat seperjuangan yang lain dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan saya diberi rezeki oleh Allah untuk belajar bidang yang xpernah terlintas di fikiran. Alhamdulillah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Sekian lama terpisah daripada menghadiri mana-mana usrah sehingga Allah datangkan seorang sahabat yang mengajak saya untuk menghadiri usrah. Sejenak selepas itu merasakan bahawa Allah sedang menguji diriku sehingga mana aku akan berusaha untuk menuju ke jalanNya. Didatangkan kepada ku seorang ukhti yang sangat memahami dan saya mula merasakan diri ini masih banyak kelemahan.Kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi terutamanya para remaja tidak kisah samada kamu menuntut ilmu mahupun bekerja namun ingatlah tidak akan bermakna apa yang kita lakukan jika kita tidak melakukan sesuatu perkara tersebut dengan niat untuk mencapai mardhatillah...Saya ini bukanlah hamba yang sempurna bahkan mungkin sahabat-sahabat lebih qawiy dan a'lim..ini sekadar perkongsian dan tinggalkanlah pesanan mahupun nasihat sebelum keluar dari laman saya ini....wallahu'alam..





No comments:

Post a Comment